kami..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata 1..

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

permata 2..

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

bakal permata 3..

pregnancy week by week

BLOG NIAGA

Assalamualaikum. Alhamdulillah, dengan izin Allah, terlaksana jua hasrat nak melancarkan online shop AL-ATIFF..

Al-Atiff menyediakan pakaian kelengkapan muslimin muslimat dan juga produk halal keluaran muslim HPA. Insyallah, barangan akan dipelbagaikan dari masa ke semasa.

Kami berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Semoga Allah memberkati kami, dan juga anda pelanggan kami..

Jemput ye ke blog AL-ATIFF.. Terima kasih..

Friday, December 16, 2011

Didiklah dengan kasih sayang

Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.

Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Memang ia sukar dan meletihkan. Kalau tidak kerana limpahan naluri kasih sayang yang Allah semai di hati si ibu dan si ayah, mungkin tiada ibu dan bapa yang sedia menjaga dan mendidik anak.

Naluri kasih sayang tentunya menjadi bekal pendorong dalam mendidik anak. Bayangkan jika manusia, terutamanya ibu dan ayah tidak ada rasa cinta pada anak-anak. Mereka akan melihat anak-anak seperti mereka melihat kayu dan batu. Bahkan mereka mungkin akan menganggap si anak sebagai beban yang menyusahkan. Tentunya berat untuk mereka mendidik, bahkan menjaga mereka. Bersyukurlah kepada Allah yang mengurniakan rasa sayang kepada anak dan sekelian kanak-kanak. Inilah bekal motivasi semulajadi dalam kita mendidik anak-anak.

Di mana letaknya kasih sayang? Tentunya ia soalan yang sukar untuk ditanggapi. Payah untuk kita mengesan di mana letakkan rasa sayang.

Umum mempercayai ia terletak di hati. Hati di sini bukannya hati fizikal. Bukan juga jantung. Hakikatnya ia adalah satu perasaan halus yang ada di sanubari manusia. Rasa semulajadi yang menyuntik bayu damai dan bahagia. Inilah nikmat Allah yang indah. Allah jadikannya bukan sia-sia. Tujuannya, agar rasa kasih sayang itu digarap sebagai pendorong ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak.

Kasih sayang mengubah persepsi seorang ibu dan bapa terhadap anak. Daripada satu beban yang menyulitkan, menjadi satu cahaya mata yang membahagiakan. Umpamanya, seorang bapa yang mempunyai ramai anak, kadang-kadang rasa terbeban dengan tanggungjawab yang semakin bertambah dan perbelanjaan yang besar. Ibu pula kadang-kadang terlintas betapa sakitnya mengandung dan melahirkan anak-anak seorang demi seorang. Betapa letihnya menjaga dan melayan kerenah di anak.

Tetapi setelah mendengar tangisan pertama anak yang lahir maka susutlah beban yang terasa. Setelah diamati wajah barisan anak-anak yang sedang nyenak, maka hilanglah keletihannya. Apabila menyaksikan anak-anak bermain riang di taman, maka luputlah kesakitan lampau. Apa lagi jika si anak menjadi seorang yang soleh dan berjaya. Semua senario ini adalah nikmat kasih sayang semulajadi kurniaan Allah kepada kita.

Dalam konteks pendidikan, naluri kasih sayang ini dapat berperanan dalam tiga keadaan iaitu:
Pertama, Allah menjadikan naluri kasih sayang ini agar manusia menjadikan usaha mendidik anak itu satu yang menyeronokkan. Sambil girang menimang anak si bapa boleh menyelitkan acah-acahnya dengan unsur tarbiyah. Sambil leka mendodoinya, si ibu boleh mengalunkan lagu-lagu yang membangkitkan jiwa, iman dan semangat juang. Sambil seronok bergurau senda, bertempuk tampar, si ibu dan ayah boleh melatih mereka erti kerjasama dan mementing diri, erti timbang rasa dan keegoan, erti ketaatan dan keengkaran, erti sopan dan biadap, serta erti dosa dan pahala. Sambil bahagia bersiar-siar dan berkelah, anak-anak boleh diajar soal-soal ketuhanan, tatacara ibadah, keluhuran akhlak dan teknik bermasyarakat. Ringkasnya, segenap aktiviti yang menyeronokkan itu boleh berubah wajahnya menjadi medan tarbiyyah insaniyah.

Kedua, naluri kasih sayang mencipta ketabahan dan kegigihan mendidik buat ibu dan bapa. Kadang-kadang ibu dan bapa terasa letih mendidik anak. Nasihat demi nasihat. Pesanan demi pesanan. Teguran demi teguran. Tapi anak tetap tidak endahkan. Di sinilah perlunya ibu bapa mengubah naluri kasih sayang tadi kepada kesabaran dan kegigihan yang tidak kunjung henti. Pandanglah air muka anak-anak. Belai mereka ketika berkomunikasi. Luahkan rasa sayang dan harapan. Teruskan usaha tarbiyah itu secara berterusan dengan penuh kesabaran.

Ketiga, fitrah kasih sayang dalam jiwa manusia juga mendorong pengorbanan luar biasa si ibu dan bapa terhadap anak-anak. Pengorbanan yang lahir dari kasih yang ini dapat membina momentum semangat dalam mendidik anak. Bagi si ibu dan bapa, biarlah masa, kudrat empat kerat, wang mencurah-curah, bahkan nyawa dikorbankan, asalkan anak-anak menjadi manusia yang berjaya. Bahkan sejuta keperitan dan penderitaan mampu diharungi dengan tabah semata-mata untuk membesarkan dan mendidik anak. Allah s.w.t. tentunya tidak akan membiarkan hambanya begitu sahaja. Allah menjamin rahmatnya kepada ibu dan bapa yang mengasihi dan merahmati anak-anaknya.

Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Seorang wanita telah datang kepada Sayyidatina Aisyah r.a. Maka Aisyah memberikan kepadanya tiga biji kurma. Kemudian, wanita itu memberikan dua biji kurma kepada dua orang anaknya. Sebiji lagi dipegang untuk dirinya. Setelah kedua-dua anak itu selesai makan kurma masing-masing, mereka pun meminta kurma yang masih ada di tangan ibunya. Lalu si ibu membahagikan kurma itu kepada dua, lantas memberikan kepada setiap seorang anaknya sebelah kurma. Apabila datang Rasulullah s.a.w. maka Aisyah menceritakan hal itu kepada Baginda. Lalu Baginda pun bersabda kepada Aisyah: "Kenapa pula adinda hairan dengan apa yang berlaku itu? Sebenarnya Allah telah merahmati si ibu itu sebagaimana dia merahmati anak-anaknya."

Walau bagaimana pun, kasih sayang kepada Allah tidak dapat mengatasi kasih sayang kepada anak-anak. Dalam kasih ada ujian. Kadang-kadang ibu bapa diuji dengan dua persimpangan. Antara perintah Allah dan rasa sayang pada anak. Tentunya yang patut dipilih ialah perintah dan redha Allah taala. Pada zahirnya, memilih perintah Allah bermakna 'mengorbankan' anak. Tetapi hakikatnya, itulah kemanisan dan keindahan dalam perasaan kasih kepada si anak. Sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim terpahat kukuh sebagai bukti bahawa kadang-kadang naluri kasih sayang itu terpaksa dilupakan demi perintah Allah.

Mungkin kisah Syaikh Hasan Al-Banna, seorang tokoh gerakan Islam abad ini boleh dijadikan contoh. Beliau adalah pemimpin dakwah yang mengorbankan seluruh tenaga, masa dan kudratnya untuk perjuangan Islam. Beliau sentiasa menjadikan sambutan Hari-hari Raya atau hari kebesaran sebagai peluang untuk mendekati golongan muda.

Pada suatu Hari Raya, anaknya Saiful Islam telah ditimpa sakit yang berat sehingga hampir-hampir mati. Isterinya berkata: "Kalau boleh, kanda bersama-samalah keluarga pada hari raya ini. Tambahan pula anak kita sedang sakit" Beliau menjawab: 'Sekiranya Allah bermurah untuk menyembuhkan anakku daripada penyakit, maka bagiNya segala pujian dan kesyukuran. Namun, jika Allah mentakdirkan dia meninggalkan kita, maka datuknya telah tahu mana jalan untuk ke kubur'. Lalu dia membaca firman Allah dari ayat 24 Surah Al-Taubah yang bermaksud:

"Katakanlah, jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu perolehi, barang perniagaan yang kamu bimbang kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sangat sukainya lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasulnya serta jihad pada jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah memberikan perintahnya sedang Allah tiada memberi petunjuk kepada orang-orang yang jahat"

Tegasnya, naluri kasih sayang itu adalah satu rahmat Allah yang amat berharga. Setitis nikmat kasih sayang ini, memberikan kita selaut manfaat dan kebaikan khususnya dalam usaha mendidik anak. Namun dalam keindahan asyik kasih sayang kepada anak tersirat ujian kepada ibu dan bapa. Ujian yang perlu dilepasi bagi membuktikan bahawa kasih kepada Allah adalah mengatasi kasih sayang yang lain. Bahkan hakikatnya, kasih kepada anak itu berakar umbi daripada kasih, sayang serta rahmah Allah Azzawajalla.

-sumber-

"Ya Allah, jadikan kami ibubapa yang sentiasa melimpah ruah dengan kasih sayang dan sentiasa ikhlas, sabar dan redha dalam menggalas tanggungjawab kami menjaga dan mendidik amanahmu ini.. Berikan kami petunjuk hidayahmu dan permudahkan urusan kami.. Harapan dan doa kami agar anak-anak kami menjadi anak-anak cerdik berakal, berilmu beriman dan beramal soleh dan sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai hambaMu, sebagai anak dan sebagai khalifah di muka bumi ini... Hindarkan mereka dari sifat-sifat negatif. Jadikan mereka hambaMu yang sentiasa mengatur langkah berpegang kepada agama al-quran dan sunnah, mengagungkanMu dan rasul agar mereka sentiasa tenang, redha dan bersyukur atas apa jua sekalipun.. amin.."

Read more...

Wednesday, December 14, 2011

PENGALAMAN BARU DI TEMPAT BARU

Alhamdulillah.. Berakhir sudah tempoh menghitung hari-hari kami.. Dan kini kami anak beranak dah 10 hari berada di bumi Saudi. Pengalaman mengharungi penerbangan bersama tiga puteri kami, memang sesuatu yang mencabar dan indah sebenarnya.. Hehe..

Sekarang musim sejuk. Ummi yang terlebih tak tahan sejuk berbanding anak2.. Tengok kakak `Aisyah rileks je tak pakai baju sejuk. Umi yang over bersarung bagai..hehe.. Tapi anak2 dah mula diserang selsema. Moga Allah sembuhkan kami anak beranak dan berikan kesihatan yang baik kepada kami, amin..

Belum berjalan2 lagi disini.. Hanya ke pasar dan ke farmasi.. Memang berbeza berbanding Malaysia. Pakaian, perlu abaya hitam.. Bukan suatu kesulitan buat ummi, dan rasanya lebih selesa juga begitu.. Siang hari, rutin ummi bersama 3 puteri. Ha, terkejar ke sana sini. Baru dapat rasai peranan seorang ibu dan suri yang sebenar.. hehe.. Sebelum ni kat Malaysia, agak lama juga duduk di rumah mak, ramai yang ada tolong sekali tengok2kan anak, memasak, berkemas.. Kat sini, semuanya ummi ye.. Sekejap Khadeejah nangis, sekejap Maryam meragam.. Ummi kena la kuat jadi superhero.. Bila ayah balik, baru ummi boleh tarik nafas lega sikit.. Hehe.. Tapi kesian juga kat ayah penat kerja, baik kena layan anak2 pula.. Tapi itulah pengorbanan kan.. Anak kita, kitalah yang menjaga dan mencoraknya.. Moga Allah bagi kami kesabaran dan keimanan yang tinggi, petunjuk dan hidayah dalam kami menjaga dan mendidik anak2 kami.. amin..

Flat yang kami duduki ni ada 6 keluarga Malaysia.. Jadinya, tidaklah terasa janggal sangat.. Ada juga teman untuk berbicara bahasa Melayu (ehm, rugi sebnarnya tidak mendalami bahasa arab), dan anak2 pun ada teman nak bermain, alhamdulillah.. Juadah pun dah bertukar2 tangan.. Cuma ummi je la 'pening' sikit nak pikir balas apa bila jiran bagi juadah.. Hehe.. Ye la, selalu masak yang ringkas dan mana yang sempat je..

Rindu..? Perasaan rindu memang menebal je.. Tiada apa yang dirindu, bukan suasana Malaysia, bukan tv Malaysia, bukan apa pun.. Tapi rindu pada ibu tercinta.. Terkenangkan mak yang bukan sihat sangat dan pastinya kesunyian bila 3 puteri kami ni tiada.. Kat mak ayah di kampung pun rindu juga.. kalau dulu paling tidak sebulan sekali kami menjengah mereka, kini tak dapat lagi.. Pasti mereka pun terasa kehilangan saat2 itu.. Insyallah, raya tahun depan, kita sambut sama2 ye..

Apa-apa pun,inilah corak kehidupan.. Kita merencana, merancang perjalanan hidup kita, tapi Allah yang Maha Tahu yang terbaik.. Moga Allah meredhai jalan yang kami pilih ini.. Semoga apa jua keputusan, perancangan dan kehidupan kami ini sentiasa diberkati dan dilindungi Allah.. Amin ya Allah..

Read more...

Saturday, November 05, 2011

TANAH SUCI


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ


Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Dosa di antara dua umrah akan terhapus dan Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga.
-Riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Nasaie, Ahmad, Ibnu Majah dan Malik




عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْحُجَّاجُ وَالْعُمَّارُ وَفْدُ اللَّهِ إِنْ دَعَوْهُ أَجَابَهُمْ وَإِنْ اسْتَغْفَرُوهُ غَفَرَ لَهُمْ

Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bahawa baginda telah bersabda : Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan. - Riwayat Ibnu Majah, at-Tabarani dan al-Baihaqi



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلَّا الْجَنَّةُ


Dari Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW telah bersabda : Turutilah kerja haji dgn ibadah umrah, sesungguhnya kedua-duanya akan menghalang kamu drp kepapaan dan dosa, sebagaimana hembusan api menghilangkan segala kekotoran besi, perak dan emas. Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga.
-Riwayat Turmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad


"besar sungguh ganjaranMu Ya Allah.. Lindungi dan redhai perjalanan dirinya menuju tanah suci.. Moga dirinya memperolehi Haji mabrur, amin Ya Alah.. dan sentiasa menitipkan doa buat kami disini.. Bila pula tiba rezekiku ke sana..?"

Read more...

Tuesday, November 01, 2011

BERGAMBAR DI HARI MINGGU

Dalam menunggu hari habis tempoh pantang, otak mula merangka-rangka apa aktiviti/ hal yang perlu diuruskan. Jadi sebaik sahaja tamat tempoh pantang, meluap2 la rasa nak keluar ke sana kesini.. hehe.. Ehm, bukan pergi berseronok2 pun, tapi menguruskan hal2 penting memandagkan insyallah, lagi sebulan akan merantau ke negara orang..

Urusan pertama, tangkap gambar untuk buat pasport dan visa.. Hari Ahad lepas, kami keluar 4 beranak dengan bantuan Kak Maz (Mak Ngah) jadi pemandunya.. Dari rumah memang dah niat nak ke kedai gambar FDI berdekatan dengan Gurdian Pandan Indah. Jadinya, kami terus lah ke sana. Keluar pun dah agak lewat, dalam jam 330 pm. Malangnya bila tiba di kawasan tu, tak nampak pun kedai gambar tu.. Rupanya kedai gambar tu dah tutup, entah berpindah ke mana tak tahulah.. Berpusinglah kami di kawasan situ mencari kedai gambar lain. Ada jumpa satu, tapi nampak macam kedai buruk je, tak berminat la nak singgah. hehe..

Mak Ngah cadangkan ke kedai gambar di kawasan Leisure Mall, jadi kami terus la ke sana. Kawasan Leisure Mall tu memang lah sesak, dengan majoritinya kaum Cina, parking pun memang penuh..Dalam kereta, anak-anak semua dah nampak layu, mengantuk, dan akhirnya tiga-tiga tidur.. Ehm, ummi mula risau.. Macam mana nak tangkap gambar ni kalau semua tidur.. Kalau kejut nanti, takut ada yang menangis, maklumlah mengantuk dan penat kan.. Setelah berpusing 2 kali, alhamdulillah, Allah permudahkan, dapat parking betul2 di depan kedai gambar..

Mak Ngah cadangkan ummi masuk dulu kedai dengan Khadeejah. `Aisyah dan Maryam akan mak Ngah kejutkan. Dalam hati ummi ni risau, takut `Aisyah dan Maryam susah nak bangun, bad mood... Tapi alhamdulillah, mereka ok..

Bermulalah sesi tangkap gambar.. Dan inilah hasilnya.

Ummi dulu.. Biasalah, tersenyum simpul ala-ala ayu gitu.. Hehe.. (Gambar tak yah la tayang..)

Next, Khadeejah.. Paling susah nak tangkap..Hehe.. Muka pun banyak versi..Puas panggil nama Khadeejah suruh senyum.. Sampai cina tukang ambil gambr tu cakap. "aik, apa pasal muka dia macam tu?" hehe..

** Ehm, gambar aksi riak muka Khadeejah Husna ni khas untuk tatapan ayahnya yang rindu kat anak-anak..
Er, ayahnya.. Cuba tengok muka Khadeejah betul2.. Macam muka atuk Ghapor kan? Hehe..






Akhirnya, gambar-gambar ni yang terpilih..



KHADEEJAH HUSNA





MARYAM SAFIYYAH

Muka masam dan blur.. Puas agah suruh senyum, tapi tak senyum-senyum jugak..







`AISYAH HUMAIRA

Sangat masam dan garang gambar kakak ni.. Hehe.. Dan kakak nampak gelap, adakah baju warna merah tak sesuai buat `Aisyah ek?
Ummi tanya, "kenapa kakak tak senyum pun?"
"Kakak tak nak tangkap sorang-sorang je.. kakak nak tangkap ngan ummi.."
-ehm, anak ummi ayah yang manja ni.. hehe


Lepas tangkap gambar, kami jalan2 sekejap ke Jusco, layan kakak `Aisyah dan Maryam main-main.. Khadeejah pula lena je tidur dalam gendong pouch ummi..


** Sahabat, perasan tak baju Khadeejah tu? Saya memang tak pernah pakaikan untuk maryam pun sejak awak bagi aritu, sebab masa tu baju tu dah kecik dengan dia.So, memang plan nak bagi pakai kayt next baby, dan kebetulan memang girl yang keluar.. Rezeki Khadeejah la nampaknya.. Hehe.. Terima kasih daun keladi ye.. :)

Read more...

Saturday, October 29, 2011

RUMAHKU SYURGAKU


Rumahku Syurgaku – Hijjaz

Suami perlukan belaian dari isteri yang penyayang
Yang dapat melayani dan menghiburkannya
Serta pandai mengurus rumah tangga
Itulah harapan suami

Isteri juga sangat mengharapkan suami yang penyayang
Bertanggungjawab dan berhikmah dalam mendidik
Anak-anak akan bahagia dan tenang
Apabila ibubapanya berkasih sayang
Bertanggungjawab mengasuh dan mendidik

Ibubapa bahagia kalau anak-anaknya
Menyayangi mentaati dan memuliakan mereka
Rasa kasih murni antara suami isteri boleh rosak
Jika masing-masing tidak berakhlak

Cinta murni antara anak-anak dengan ibubapanya
Diikat kuat oleh cinta tabii
Yang semulajadi akan punah
Jika tidak disuburkan

Cinta suci akan subur
Apabila ada iman dan akhlak yang mulia
Iman dan akhlak mulialah menjadi penyebab
Membentuk keluarga yang bahagia
Dan berkasih sayang…
Sehingga lahirlah
Masyarakat
Penyayang dan negara makmur

Hasil daripada keistimewaan
Kasih sayang dalam rumah tangga


harus bagaimana diungkapkan rasa rindu terhadap si dia yang jauh di mata..?

lagu rinduku sentiasa bersenandung dari hati ini,
adakah sampai ke hatimu wahai suamiku?

Read more...

Thursday, September 08, 2011

MENGHITUNG HARI DALAM KEKUATANMU..



"Seperti yg kita dah jangka...dah duga...abg kene stay sini 3 bulan..probation period. Tapi kerana boss dah agree cuti abg hari tu, semangat berkobar2 la dapat balik. So sekarang ni.....back to normal....abg dan atif kene terima la pasal ni...kite pon dah cakap pasal ni sebelum abg dtg sini lagi....so abg kene kuat...atif apatah lagi kene la kuat sama...insyaallah ada hikmah dari Allah semua ni...abg pon x mengharap boss akan berubah fikiran sabtu ni. Dengan keadaan keje sekarang ni....ehm, apa nak buat....serah la pada Allah. Kite hanya merancang...Allah yang menentukan....ok ye sayang...jangan sedih2 sangat ye..."

Email yang diterima dari suami tersayang dibaca sepi.. Hati yang sebelum ini agak berbunga kerana suami dijangka dapat pulang minggu depan sedikit kelam jadinya.. Namun, diri tak mahu terus melayan perasaan.. Hati cuba redha dan pasrah.. Ya, kalau sebelum ini diri sering berdoa agar suami dapat pulang sebelum tibanya hari kelahiran permata ketiga ini.. Tapi kini ianya merubah menjadi lebih pasrah dengan apa jua situasi yang allah tetapkan.. moga diri diberi kekuatan dan redha dengan apa jua situasinya..

Cuma sedikit hiba mengenangkan permata ketiga ini tidak akan disambut dan diazan iqamahkan oleh ayahnya yang tersayang.. Akan sepi dari dodoian dan zikir ayah ketika tidur.. Mungkin seusai usia 2 atau 3 bulan baru permata ketiga ini dapat merasai belaian ayahnya..

Apa-apa pun, segalanya perlu diteruskan.. Usah dikenangkan si dia yang bakal tiada disisi menemani.. Ku tahu, doanya sering mengiringi kami.. Moga dalam meniti usia kandungan yang hampir melewati 39 minggu ini, diri akan kuat menenpuhinya..Moga Allah pelihara dan lindungi diriku dan kandunganku.. Moga proses perjalanan kelahiran ini Allah mudahkan, diberi kekuatan, kesabaran dan keimanan yang tinggi dalam menghadapinya.. Moga Allah kurniakan kami zuriat yang cerdik berakal, berilmu beriman serta beramal soleh..

Ya Allah..sesungguhnya aku hambaMu yang lemah... Berikan daku kekuatan untuk aku menempuhinya.. amin Ya Allah...



لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Laa Ilaaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadz Dzalimiin


“Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim…”
(QS. Al-Anbiya’/ 21: 87)



Read more...

Monday, August 22, 2011

APA ERTI MENJADI ISTERI SOLEHAH


Sebulan sudah berjauhan bersama cinta hati.. Rindu yang terkumpul, usah ditanya... Namun, tak dapat disangkal kecanggihan teknologi sedikit sebanyak membantu dalam mengurai rindu itu.. skype, ym, email.. telefon.. Terima kasih pada yang menciptanya, dan yang pastinya kepada Yang Esa yang menganugerahkan kepandaian kepada manusia-manusia ini..

Alhamdulillah.. Walau berjauhan, tetap dititip ilmu dan makanan rohani kepada diri ini agar tidak alpa akan peranan sebagai seorang isteri, ibu, wanita dan hambaNya ini.. Terima kasih sayang...


Apa erti menjadi isteri solehah.
(http://zharifalimin.blogspot.com)

Pelbagai pandangan dan jawapan mampu kita tafsirkan, samada melalui pembacaan, perbincangan dan perkongsian pengalaman. Kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.

Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampai- kan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.

Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.

Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Kisah sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga tentu merasai dan mengalami sendiri ujian hidup berumahtangga yang sentiasa perlukan kesabaran.

Berpandukan sejarah tersebut, bolehlah kita tegaskan kepada diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri solehah. Isteri solehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri solehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri solehah, ingatlah hadith Rasulullah yang bermaksud:

“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.” (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Begitulah, untuk menyediakan diri sebagai isteri solehah, hati kita hendaklah sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang soleh.


(Ya Allah, jadikan daku dikalangan isteri solehah, penyejuk mata, penawar hati buat sang suami.. sesungguhnya bunga syurga idamanku..amin....)

Read more...