Monday, July 12, 2010

BERSALIN DI MANA?

Hampir menjangkau 36 minggu usia kandungan.. Perasaan? Bercampur baur.. Terasa lupa diri ini pernah merasai pengalaman kali pertama sewaktu bersalinkan 'Aisyah Humaira.. Macam mana ya rasanya? Ehm..

Kali ini, persoalan bersalin dimana menjadi topik kami suami isteri sekali lagi . Kohilal? An-nur? Atau Az-zahra?

Penat review nak bersalin mana.. hehe.. tapi,yang utamanya, saya fokus tentang TUJUAN kenapa pentingnya pemilihan tempat bersalin ni.. dan tak lain tak bukan..sebab:-

NAK DOKTOR PEREMPUAN dan ianya satu BONUS kalau tempat tu menerapkan nilai2 ISLAMIC..

Hasil dari review sikit, sememangnya' wajib' sebagai perempuan islam, dapatkan perkhidmatan mengikut turutan berikut :-

1) doktor perempuan islam..
2)doktor lelaki islam..
3)doktor perempuan bukan islam..
4) doktor lelaki bukan islam.

Kalau dalam keadaan darurat, dibolehkan.. Tapi, daruratkah kita kalau sebenarnya kita boleh buat pilihan tersebut berdasarkan kemampuan kita.. Dan, sekiraya tidak terlalu kesempitan duit perlukah hanya mampu berserah pada nasib untuk dapatkan khidmat doktor wanita di hospital gomen.. Saya pun tak berapa pasti, kalau situasi sebegitu, dibolehkan ke dianggap darurat? Rasanya tak kot.. melainkan memang kita benar2 tak mampu nak dapatkan rawatan di hospital swasta yang mempunyai doktor perempuan.. Ataupun kita mengalami komplikasi yang benar2 memerlukan rawatan dari doktor/pakar bukan wanita islam..

Sebenarnya boleh dikatakan bagi wanita2 yang menyedari kepentingan maruah dan keaibannya, mmg akan rasa malu, segan dan macam2 perasaan tak tenang sekiranya dirawat oleh doktor lelaki.. Aurat yang sangat2 patut dilindungi, tapi tak terpelihara rasanya. Ada orang kata, kalau dh sakit, kita tak hirau siapa dah yg merawat kita.. Mungkin ada situasi yang boleh rasa begitu.. Tapi bagi saya walau sakit, hati jua perlu tenang tidak memikirkan siapa yg dok godak2 diri kita..

Dan, bagi pihak suami pun, begitu juga kan.. Saya yakin, suami pun pasti rasa tempiasnya kalau isteri dirawat oleh doktor lelaki? huhu.. sepatutnya ianya hanya milik suami seorang, tapi dah dikongsi, dipegang, dilihat oleh lelaki lain.. huhu

Namun, semasa melahirkan 'Aisyah Humaira dulu, memang kami membuat keputusan untuk bersalin di HUKM. Itu pun, doa saya tak putus2 agar yang menyambut kelahiran anak saya nanti doktor wanita @ hanya staff nurse wanita. Alhamdulillah, Allah perkenankan.. Bukan sahaja saya tenang dikendalikan staff nurse wanita seramai 6 orang (tiada doktor), malah saya turut tidak diganggu oleh pelajar2 praktikal memandangkan ianya jatuh pada hari Ahad.

Memandangkan ada rezeki lebih, dan mengenangkan ketidaktentuan risiko dirawat oleh doktor wanita @ lelaki maka saya nekad nak dapatkan perkhidmatan di swasta.. Untuk berserah pada nasib di gomen, terlalu banyak gelodak yang melanda.. Hati tak tenang, hinggalah tiba saat tu tiba.. Walau yakin Allahi tu ada..Tapi, mengenangkan kita ada sedikit usaha dan kudrat untuk mendapatkan rawatan doktor wanita secara pasti, maka itu yg sebaiknya.. Tak mampu, baru berserah..

Cuma, yang dipanjatkan doa, semoga semuanya berjalan dgn lancar, secara normal.. Dijauhkan dari menjalani pembedahan.. Dijauhkan dari sebarang komplikasi ketika nak mengharungi detik2 kelahiran itu.. Moga Allah permudahkan saaat kelahiran itu.. Semuanya selamat.. Melahirkan zuriat yang sihat sempurna, comel, cerdik berakal dan beramal soleh.. Amin Ya Allah..

Makanya, dengan bajet sekadarnya, saya melihat pusat perubatan KOHILAL, Hospital An-nur, dan Hospital Az-zahra (bangi) menawarkan pakej yang agak berpatutan disamping insyallah prosedur kelahiran dijalankan secara islamic. Bagi kaedah normal tanpa masalah, dalam lingkungan RM1,500.00 Sekiranya perlu menjalani pembedahan, kosnya sekitar RM4,500-RM6,000. (Saya amat berdoa agar tidak perlu menjalani pembedahan..) Secara jujurnya, hati teringin nak mendapatkan perkhidmatan di An-nur @Az-zahra kerana ramai yang memperkatakan tentang doktor pakar wanitanya yang best, lemah lembut dan penerangan yang jelas. Tapi, banyak faktor perlu diambil kira untuk saya kesana.

Melihat kesesuaian tempat dan jarak, kami memilih KOHILAL yang terletak di Taman Melawati. Di KOHILAL pun ok juga sebab saya pernah menjalani chek up di awal kehamilan dan juga menjalani prosedur D&C di situ. Doktornya pun baik, alhamdulillah.. Memandangkan bermula minggu ke 36 ini saya akan ditinggalkan suami di rumah emak di Kuala lumpur, maka lokasi tersebut agak mudah untuk mendapatkan bantuan adik beradik saya untuk menghantar ke sana. Tapi, langkah waspada turut kami ambil. HUKM yang jaraknya mengambil masa 10 minit dari rumah tetap jadi pilihan sekiranya berlaku kecemasan perlu kesana.

Ujian buat kami, akhir2 kehamilan ini suami agak sibuk dengan kerjanya di Seremban. Masuknya pagi, pulangnya malam. Takut emergency atau apa2, sukar pula untuk dihubungi. Doa kami, moga bila tiba harinya nanti, segalanya Allah permudahkan. Moga suami yang menjadi sumber kekuatan dapat berada disisi merasai pengalaman kelahiran anak yang kedua ini.. Dengan izinmu ya Allah..

Semoga usaha kami yang sedikit ini dipermudahkan dan dilancarkan Allah.. Amin Ya Allah. Apapun, kami hanya merancang, Allah yang maha tahu apa yang terbaik buat hambaNya..

4 comments:

Tirana said...

Semoga dipermudahkan Allah segala urusan. Kak tirana beruntung, suami seorang doktor walaupun O&G bukan bidangnya tapi kawan2 doktornya yang perempuan ada so boleh minta tolong ketika nak bersalin. Anak pertama bersalin di poliklinik swasta so memang doktor perempuan, anak kedua, suami sendiri yang sambut. Anak ketiga dan keempat, minta tolong dengan kawan-kawan suami (doktor perempuan). Masa bersalin, suami tak benarkan sesiapa pun masuk ke dalam labour room kecuali doktor, nurse dan dia sendiri. Alhamdulillah..kak tirana dapat kemudahan di situ.

Al-Atiff said...

salam kak tirana.. :) terima kasih..

bestnya lah dengar.. untung akak suami doktor.. :) kan best kalau dapat camtu jugak.. hehe

Al-Atiff said...

salam kak tirana.. :) terima kasih..

bestnya lah dengar.. untung akak suami doktor.. :) kan best kalau dapat camtu jugak.. hehe

kinna said...

slm kenal..kalo stay area bangi/kajang/puchong annur adalah terbaik..br review hospital tu kt n3 hari ni :)

kami..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers